Pendaftaran Baru Syarikat Sdn Bhd Di SSM

Untuk memacu perniagaan anda ke tahap kecemerlangan, progresif, tadbir urus yang baik, diurus secara profesional dan ketelusan, kami mengesyorkan agar anda menubuhkan se buah Syarikat Sdn Bhd dan bukannya jenis milikan tunggal atau perkongsian.

Sila hubungi kami sekarang. Kami amat berbesar hati untuk membantu anda menubuhkan se buah Syarikat Sdn Bhd yang hanya berharga RM1, 500 (Pakej Penuh, Tiada Kos Tersembunyi dan Tempoh Sangat Terhad) tidak termasuk Yuran Kesetiausahaan Tahun Pertama. Yuran standard bagi menubuhkan Syarikat Sdn Bhd di Malaysia kebiasaannya di antara RM2, 200 hingga RM3, 500 yang mana yuran tersebut masih tidak termasuk Yuran Perkhidmatan Setiausaha Tahun Pertama. Bayaran pakej kami dalam menubuhkan se buah syarikat sdn bhd adalah antara yang terendah di Malaysia. Penjimatan kos bernilai antara RM700 hingga RM2, 000 jika anda memutuskan untuk memilih perkhidmatan setiausaha kami.

Pakej Pemerbadanan Holistik kami sebanyak RM1,500 termasuk:-

  • Yuran Pemerbadanan perlu dibayar kepada SSM- RM1,000.
  • Pembekalan Maklumat Korporat kepada Agensi Terpilih yang dikenakan oleh SSM- RM10.
  • Chop Mohor Syarikat, Buku Berkanun & Sijil Saham- RM128.
  • Sijil Pemerbadanan dibayar kepada SSM- RM25.
  • Caj Pesuruhjaya Sumpah (yuran perakuan)- RM10 hingga RM30.
  • Nama Promoter/Pengarah sehingga 2 orang dan setiap orang tambahan dengan bayaran tambahan RM50 setiap seorang.
  • Kos perjalanan untuk pelbagai tugas- RM50.
  • Percuma 3 Set Dokumen Berkanun pertama Salinan Disahkan (CTC) untuk pemembukaan akaun bank, dsb.
  • Menyediakan resolusi Lembaga Pengarah secara percuma jika anda berhasrat untuk membuka akaun bank syarikat baharu.
  • Bilik Persidangan yang Kondusif untuk syarikat anda mengadakan mesyuarat, dll dengan bayaran yang sangat minima.
  • Kami menyediakan Rakan Bersekutu Perniagaan yang berkelayakan dan berlesen untuk dilantik menjadi Juruaudit dan Ejen Cukai Syarikat anda.
  • Harga yuran kami untuk perkhidmatan yang disediakan selepas penubuhan syarikat adalah sangat berpatutan dan berdaya saing.
  • Hanya mengambil masa 2 hingga 3 hari bekerja untuk menubuhkan sebuah Syarikat Sdn Bhd yang baru.

 

Petua untuk memilih Firma Setiausaha Syarikat

Dapatkan sebut harga bertulis Pakej Penubuhan Syarikat Sdn Bhd dan yurannya daripada mana-mana Firma Setiausaha Syarikat. Analisis secara ringkas dan fahami semua item yang ditawarkan dalam pakej tersebut. Ketahui sama ada pakej tersebut telah pun termasuk yuran perkhidmatan kesetiausahaan tahun pertama atau sebaliknya. Dengan itu, anda akan mengetahui samada pakej yang mereka tawarkan tersebut telah pun termasuk dengan atau tanpa yuran setiausaha syarikat bagi tahun pertama.
Faktor paling penting yang perlu anda ambil kira sebelum membuat keputusan untuk melibatkan diri dengan mana-mana Firma Kesetiausahaan Syariakt ialah harga yuran perkhidmatan yang disediakan selepas penubuhan syarikat anda tersebut. Yuran-yuran tersebut merujuk kepada yuran perkhidmatan yang anda perlu tanggung untuk sebarang permintaan ke atas perkhidmatan mereka yang diberikan selepas syarikat anda diperbadankan. Sebagai contoh;

  • Yuran menyediakan resolusi lembaga pengarah jika anda berhasrat untuk membuka akaun bank syarikat. (Firma kami tiada caj bagi menyediakan resolusi tersebut).
  • Caj bagi menyediakan Borang atau Dokumen Salinan Benar (CTC) untuk setiap halaman (Yuran kami ialah RM2 setiap halaman).
  • Caj menyediakan resolusi untuk Peningkatan Modal Saham Berbayar (Yuran kami ialah RM120 setiap permintaan).
  • Caj menyediakan resolusi untuk Perubahan Klausa Objek (Yuran kami ialah RM200 setiap permintaan).

Sila dapatkan harga yuran perkhidmatan kami ke atas sebarang perkhidmatan yang disediakan selepas penubuhan sebuah syarikat baru tersebut. Dengan itu anda boleh membandingkan caj perkhidmatan yang dikenakan oleh firma kami dengan firma-firma setiausaha syarikat yang lain. Selepas itu, anda telah boleh membuat keputusan dengan bijak firma setiausaha syarikat mana yang anda seharusnya pilih.

 

Proses Penubuhan Syarikat Sdn Bhd

Terdapat 3 peringkat dalam Proses Pemerbadanan Syarikat iaitu Carian Nama Syarikat, Pemerbadanan Syarikat dan perlantikan Setiausaha  Syarikat Pertama.

Proses 1- Carian Nama untuk syarikat (ketersediaan nama yang dicadangkan)

  • Bersedia dengan nama yang dicadangkan untuk syarikat baharu anda.
  • Untuk memuktamadkan jenis aktiviti perniagaan untuk syarikat baharu anda.
  • Untuk menentukan jumlah modal saham berbayar untuk syarikat baharu anda.
  • Untuk menentukan bilangan pemegang saham dan pengarah pertama untuk syarikat baharu anda.
  • Hubungi kami atau terus datang ke pejabat kami untuk konsultasi percuma berkenaan cadangan di atas.
  • Membuat bayaran RM1,500 untuk meneruskan carian nama syarikat (Seksyen 27(1)(4)).
  • Ia mengambil masa kira-kira satu jam hingga satu hari bekerja untuk mendapatkan kelulusan hasil carian nama dari SSM.
  • Jika nama yang dicadangkan untuk syarikat baharu anda itu diluluskan maka kami boleh meneruskan ke Peringkat 2.
    Jika sebaliknya, kami perlu melakukan kembali proses carian nama syarikat yang baru.

Proses 2- Proses Pemerbadanan Syarikat

  • Perlu membayar baki Pakej Pemerbadanan yang anda pilih (jika ada).
  • Perlu menandatangani Borang Pengisytiharan oleh Promoter/Pengarah (Seksyen 201).
  • Kemudian kami akan meneruskan Proses Pemerbadanan syarikat.
  • Ia mengambil masa kira-kira 1 hari bekerja untuk mendapatkan keputusan Proses Pemerbadanan syarikat.
  • Jika terdapat sebarang kueri mengenai Proses Pemerbadanan oleh pihak SSM maka ia akan menangguhkan proses tersebut selama satu hingga dua hari lagi.

Proses 3- Perlantikan Setiausaha Syarikat Pertama

Setelah Proses Pemerbadanan syarikat telah diluluskan oleh SSM (Seksyen 14 dan Seksyen 15), kami akan meneruskan pelantikan setiausaha syarikat pertama (Seksyen 58 & 236(2)).

Penyediaan Dokumen Berkanun Selepas Penubuhan Syarikat:

  • Untuk menyediakan Resolusi Pengarah untuk membuka akaun bank syarikat anda.
  • Menyediakan 3 set salinan dokumen berkaitan yang disahkan benar (Seksyen 14, 15, 17, 58 & 236(2)).
  • Menyediakan Minit Mesyuarat Pertama Lembaga Pengarah.
  • Menyediakan Sijil Saham untuk semua Pemegang Saham.
  • Menyediakan Chop Mohor (Common Seal) Syarikat anda, Dokumen Berkanun Syarikat dan Sijil Saham kosong dengan selamat dan kerahsiaan.

 

Apa kelebihan Syarikat Sdn. Bhd.?

Di antara lain kelebihan pemerbadanan Syarikat Sdn. Bhd adalah seperti berikut:

  1. Liabiliti yang terhad. Seandainya syarikat mengalami kerugian atau muflis maka pemegang saham hanya kehilangan setakat modal saham yang telah pun dilaburkannya sahaja. Aset peribadi pemegang saham tidak akan terkesan sama sekali dalam menanggung kos kerugian atau dalam kes kebankrapan syarikat tersebut.
  2. Syarikat dan pemegang saham (pemilik syarikat) merupakan entiti yang berasingan. Jika syarikat tersebut telah melakukan suatu perlanggaran undang-undang, pihak ketiga terbabit (agensi penguatkuasa, bank dll) hanya boleh menyaman syarikat tersebut sahaja dan mereka tidak boleh sama sekali menyaman mana-mana pemegang saham.
  3. Saham Syarikat boleh diwarisi. Sekiranya pemegang saham meninggal dunia, syarikat tersebut tidak perlu dibubarkan dan pemilikan saham si mati tersebut boleh dipindahkan kepada pewaris beliau. 
  4. Pemindahan modal saham boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja kepada mana-mana pemilk saham baru tanpa menjejaskan perjalanan operasi dan pengurusan syarikat tersebut.
  5. Kadar cukai yang dikenakan adalah lebih rendah. Kadar cukai individu boleh mencecah sehingga 30% jika pendapatan bercukai individu tersebut (pemilik tunggal atau perkongsian) melebihi RM2,000,000. Manakala kadar cukai maksima syarikat hanya 24%.
  6. Boleh mengisytiharkan dividen jika syarikat mencatat keuntungan. Keuntungan syarikat akan diagihkan kepada pemegang saham melalui pengisytiharan dividend. Dividend yang akan diterima oleh pemegang saham tersebut tidak lagi tertakluk kepada cukai pendapatan.
  7. Kredibiliti dan keyakinan yang tinggi oleh pihak ketiga atau pihak yang berkepentingan seperti institusi kewangan, agensi kerajaan tertentu, pelabur, pembekal, pelanggan-pelanggan dan mana-mana pihak yang berurusan dengan syarikat tersebut.
  8. Boleh melantik kumpulan pengurusan yang profesional. Pemegang saham syarikat tidak semestinya mengurus operasi syarikat mereka. Mereka boleh memilih untuk melantik ahli lembaga pengarah dan kakitangan pengurusan yang profesional untuk mentadbir dan mengurus hal ehwal syarikat demi untuk memacu dan mengembang syarikat mereka ke tahap yang lebih tinggi.
  9. Lebih diyakini untuk memperoleh suntikan modal pusingan samada melalui pinjaman dari institusi kewangan atau melalui suntikan ekuiti dalaman.
  10. Penyata kewangan syarikat sdn bhd mestilah disahkan oleh auditor yang dilantik oleh syarikat tersebut sepertimana yang dkehendaki oleh Akta Syarikat 2016. Dengan yang demikian dokumen berkaitan kewangan dan hal ehwal syarikat sentiasa dalam keadaan terurus dan teratur. Para pelabur, institusi kewangan dan pembekal akan lebih yakin terhadap tadbir urus dan prestasi syarikat tersebut kerana penyata kewangannya yang dibekalkan kepada mereka telah pun disahkan oleh pihak auditor.

Anggaran Kos Pentadbiran Tahunan Syarikat Sdn Bhd

Terdapat banyak kelebihan untuk menubuhkan Syarikat Sdn Bhd berbanding dengan jenis Milikan Tunggal atau Perkongsian. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kos berulang tahunan yang perlu ditanggung untuk mengekalkan syarikat tersebut. Yuran perkhidmatan berulang tahunan adalah berbeza dari satu syarikat ke syarikat lain dan ia bergantung terutamanya pada pendapatan atau perolehan, volum urus niaga perniagaan dan jumlah aset syarikat tersebut untuk tahun kewangan tertentu.

Berikut adalah anggaran yuran tanggungan tahunan bagi syarikat yang mempunyai perolehan atau jualan antara RM100,000 hingga RM500,000:

  • Yuran Setiausaha Tahunan RM780.
  • Yuran Perkhidmatan Dokumentasi dan Pemfailan Tahunan sebanyak RM350 untuk menyediakan dan menyerahkan Penyata Tahunan kepada SSM (termasuk Yuran SSM RM150).
  • Yuran Perkhidmatan Dokumentasi dan Pemfailan Tahunan sebanyak RM250 untuk menyerahkan Penyata Kewangan Beraudit kepada SSM (termasuk Yuran SSM RM50).
  • Yuran Perkhidmatan Perakaunan Tahunan sebanyak RM1,200 hingga RM3,000 untuk menyediakan akaun pengurusan dan penyata kewangan untuk diaudit. Yuran hanya terpakai kepada syarikat yang tidak mempunyai kakitangan perakaunan untuk mengurus dan menyediakan penyata kewangan mereka untuk diaudit.
  • Yuran Perkhidmatan Audit Tahunan RM800 hingga RM3,000.
  • Yuran Perkhidmatan Pemfailan Cukai Tahunan sebanyak RM500 hingga RM1,200 untuk Pengiraan Cukai Pendapatan Syarikat dan penyerahan Borang Nyata Cukai Pendapatan kepada LHDN.

Anggaran yuran  tanggungan tahunan yang perlu dibayar seperti yang dinyatakan di atas adalah satu-satunya anggaran kos yang hanya terpakai kepada syarikat yang memutuskan untuk memilih perkhidmatan firma kami. Sudah tentu yuran tersebut masih boleh dirunding. Sila hubungi kami untuk konsultasi dan sebut harga percuma.